Rabu, 21 Januari 2015

Guru besar meninggal dunia pada majlis pesaraan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
IPOH: Seorang guru besar meninggal dunia sejurus sebelum memulakan ucapan di majlis perpisahan sempena hari akhir perkhidmatan beliau.  
 
Cheah Hock Hin tiba-tiba diserang sakit jantung setelah naik di pentas untuk berucap kepada guru-guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Tanah Kebun Kerian, Perak.
 
Belum sempat memberi kata-kata aluan, Cheah rebah dalam kesakitan.
 
Guru dan pegawai pendidikan daerah cuba memberikan pertolongan cemas sementara menunggu ambulans.
 
Bagaimanapun Cheah tidak dapat diselamatkan dalam kejadian tengah hari itu yang mengejutkan kelibat pendidikan di Kerian.
 
Mendiang bersara hari ini setelah lebih tiga dekad menjadi guru dan pengetua.
 
Cheah dikenali sebagai seorang guru yang berdedikasi dan pengetua yang amat komited kepada kebajikan pelajar.

Tiada ulasan: