ASPAN ALIAS
Kementerian Pelajaran telah menggantung tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan, Na’imah Ishak dan Pengarah Operasi Lembaga itu, Wan Ilias Wan Salleh berkaitan kebocoran kertas peperiksaan UPSR baru-baru ini. Ini telah diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin yang kini sedang berada di luar negara kerana tugas rasmi kerajaan. Penggantungan tugas kedua-dua orang pegawai kanan kerajaan ini merupakan tindakan yang betul kerana ia telah melibatkan lebih dari empat ratus ribu pelajar yang sedang mengambil peperiksaan itu.
Tindakan ini amat perlu kerana bagi mengekalkan intergriti Lembaga Peperiksaan khususnya dan Kementerian Pelajaran amnya. Kebocoran kertas peperiksaan ini sudah lama kedengaran berlaku dan kali ini merupakan kebocoran yang amat menakutkan untuk dihadapi oleh kanak-kanak sekolah yang sedang menguji kemampuan pembelajaran mereka.

Ia sudah pasti dilakukan oleh
individu-individu yang tidak beramanah yang akan menjejaskan prestasi dan
intergriti Lembaga Peperiksaan yang sangat penting bagi pembangunan pelajaran
dan pendidikan Negara.
Sebagai sebuah Negara yang
berdaulat pegawai-pegawai yang tidak jujur itu bertanggungjawab keatas
kebocoran ini, tetapi dalam sebuah Negara maju, pemimpin yang memimpin itu
perlu mengambil ‘accountability’ terhadap kesalahan yang sangat besar ini.
Selalunya dinegara-negara maju Menteri yang bertanggungjawab terhadap
Kementerian yang berlakunya kesalahan seperti itu.
Tetapi dinegara ini pemimpin
Kementerian itu belum lagi mahu menerima hakikat bahawa mereka mempunyai ‘accountability’
terhadap kejadian ini. Itu sebabnya kejadian ini boleh diambil kesempatan oleh
kerajaan memerintah untuk meminta Menteri bertanggungjawab untuk meletakkan
jawatan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan negara kita ini adalah
satu kerajaan yang mengambil isu ‘accountability’ ini sebagai isu yang sangat
penting.
Jika Muhyidin mengambil tindakan
untuk meletakkan jawatan, ianya akan pasti meningkatkan keyakinan rakyat kepada
kerajaan hari ini dan boleh menunjukkan kepada rakyat ramai yang kerajaan kita
‘mean business’ terhadap semua perkara yang dilaksanakan oleh sebuah kerajaan
yang berwibawa.
Tetapi kita semua boleh lihat
samada isu ‘accountability’ ini dijadikan perkara dan isu penting bagi kerajaan
yang mengaku sebagai kerajaan yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap
rakyat dan negara.
Beberapa tahun yang lalu beberapa
orang banduan telah meluluskan diri dan keluar dari tahanan dari penjara di
Korea. Walaupun Pengarah Penjara nya bertanggungjawab tetapi Menteri Dalam
Negeri nya telah meletakkan jawatan setelah beberapa orang banduan dalam penjara di negara itu melepaskan diri keluar
dan melarikan diri ke pendalaman negara itu.
Dalam masa yang sama kalau kita
masih ingat begitu ramai banduan dipenjara Kajang telah meluluskan diri dan
lari menghilangkan diri di tempat persembunyian mereka. Tidak seorang pun yang
mengambil tindakan mengambil ‘accountability’ dan Menteri di Kementerian Dalam
Negeri tetap berada di pejabatnya seolah-olah tidak ada apa yang berlaku di jabatan
di bawah Kementeriannya.
Mungkin mengambil ‘accountability’ seperti ini belum diambil
serius oleh kerajaan kita tetapi sebagai sebuah negara yang baru sahaja
merayakan ulang tahun kemerdekaan kita yang ke-57 mengambil ‘accountability’
dalam isu seperti ini sepatutnya sudah menjadi budaya dalam kepimpinan kita.
Elok kerajaan kita mengambil isu
ini secara serius bagi menjaga intergriti kerajaan yang selama ini selalu
tercemar oleh kerana tidak ada pihak yang mahu mengambil ‘accountability’
sebagai elemen yang sangat penting dalam sesebuah kerajaan yang berkepimpinan
dan beretika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan