KUALA LUMPUR: Seramai 473,175 calon telah mendaftar untuk menduduki
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari 9 hingga 11 September ini.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, 463,937 adalah calon sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan dan baki 9,238 adalah calon sekolah
swasta.
Sebanyak 8,299 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara bagi
peperiksaan itu dan 51,438 petugas telah dilantik bagi memastikan ia
berjalan lancar.
Semua calon diingatkan supaya merujuk kepada jadual waktu peperiksaan
serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan
berlangsung selain membawa kad pengenalan ke pusat peperiksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan