Oleh NIK NAZMI NIK AHMAD
Ada
beberapa persoalan yang timbul berkaitan pencalonan PAS untuk jawatan
Menteri Besar Selangor selepas perkembangan-perkembangan terkini.
Saya
maklum bahawa ada pimpinan PAS yang berbeza sikap dalam isu pertukaran
Menteri Besar Selangor. Atas sebab itu, pimpinan pusat parti itu telah
bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 untuk menentukan pendirian yang mahu
diambil.
Umum maklum bahawa PAS mengekalkan
pendirian yang telah dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan
Rakyat, iaitu pada 23 Julai 2014, bahawa hak untuk menamakan calon
Menteri Besar ada pada KEADILAN, dengan PAS mendakwa lebih daripada satu
nama perlu dihantar seraya telah memberi cadangan dua nama, iaitu Dr.
Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN yang kini merupakan Ahli Dewan
Negeri Kajang dan juga Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN yang kini
merupakan Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa.
Hasil
daripada keputusan tersebut, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
telah diadakan pada hari yang sama, iaitu pada 17 Ogos 2014, dengan
keputusan untuk menamakan Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon
tunggal Menteri Besar Selangor yang baru. Keputusan ini juga diperakui
oleh Azmin Ali selaku calon kedua yang dicadangkan oleh PAS.
Bagaimanapun,
beberapa kenyataan media yang dibuat pimpinan PAS kemudiannya,
menunjukkan bahawa PAS mahu menghantar lebih daripada satu nama dan PAS
akan mencadangkan nama-nama daripada kalangan Ahli Dewan Negeri yang
mewakili KEADILAN.
Lebih mengelirukan adalah beberapa pendedahan terkini. Saya ingin bertanya:
a) Mengapakah wujud surat awal yang diakui oleh Setiausaha Agung PAS di mana tiga nama pimpinan PAS yang dicalonkan?
b)
Mengapakah dalam kenyataan terkini dikatakan satu nama PAS dan dua nama
KEADILAN pula yang dihantar? Bukankah ini melanggar persefahaman bahawa
calon Menteri Besar Selangor adalah Ahli Dewan Negeri KEADILAN?
c)
Mengapakah Setiausaha Agung PAS tidak mahu mengesahkan siapa nama
calon-calon yang dihantar? Adakah nama-nama calon KEADILAN yang dihantar
di dalam surat kali ini berlainan dengan keputusan PAS pada 17 Ogos
2014?
Penting untuk rakyat Selangor mendapat penjelasan segera agar segala kekeliruan dan tanda tanya dapat dijawab.
(*) NIK NAZMI NIK AHMAD KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan