ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Sekumpulan saintis antarabangsa sedang mengkaji satu
bunyi misteri berfrekuensi rendah bawah laut yang dikesan pada masa yang
sama ketika pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370
dilaporkan dikesan kali terakhir oleh radar satelit.
Bunyi terbabit dikatakan berasal dari selatan negara India.
Ia percayai telah merentasi Lautan Hindi dan telah dikesan oleh dua
alat penerima (receiver) sekitar pesisiran pantai dan selatan Perth,
Australia, lapor laman berita United Kingdom, Telegraph.
Namun lokasi asal isyarat itu adalah hampir lima ribu kilometer dari
barat laut Australia, yang mana lokasinya tidak sama dengan lokasi
carian MH370 di Australia yang dibuat berdasarkan data satelit Firma
British, Inmarsat sebelum ini.
Walau bagaimanapun, kekuatan bunyi tersebut adalah di luar lingkungan pendengaran manusia.
Telegraph turut memetik laporan New York Times yang menemubual Ahli
Sains Marin dari Universiti Curtin, Alec Duncan mengenai bunyi tersebut.
Duncan berkata beliau menganggarkan hanya terdapat 25 hingga 30 peratus
peluang untuk bunyi tersebut datang dari pesawat MH370 yang hilang
sejak 8 Mac yang lalu.
“Hanya 25 hingga 30 peratus kebarangkalian bunyi tersebut datang dari
pesawat MH370, walaupun rendah namun berbaloi untuk dikaji” kata Duncan
kepada New York Times.
Kata Duncan lagi, bunyi tersebut telah dikesan oleh alat penerima yang biasanya beroperasi untuk memantau aktiviti ikan paus.
Sementara itu, dalam laporan yang sama dari Telegraph menyatakan bahawa
seorang wanita British, Katherine Tee, 41 memberitahu Thailand Gazette
bahawa dia dan suaminya ada terlihat sebuah pesawat terbakar ketika
belayar dari Lautan Hindi ke Thailand.
Tee mendakwa kejadian berkenaan disaksikan olehnya pada 8 Mac namun hanya membuat laporan mengenainya pada keesokan harinya.
“Ketika itu saya nampak sebuah pesawat terbakar, seluruh badan pesawat
diselubungi api yang marak dan asap hitam berkepul-kepul.
“Saya fikir mungkin saya hilang akal seketika, objek tersebut menarik
perhatian saya. Ia kelihatan berwarna jingga terang dan bersaiz lebih
panjang dari kapal terbang biasa” beritahu Tee kepada Thailand Gazette.
Menurut Tee lagi, pada masa yang sama dia terlihat pesawat lain
berdekatan dan menyangka mereka pasti telah membuat laporan berkenaan
pesawat yang terbakar itu.
“Ada dua pesawat di bawah kapal terbang yang terbakar itu, dan mereka
bergerak ke arah lain ketika itu. Mereka mempunyai lampu navigasi
normal. Saya masih ingat ketika itu saya terfikir bahawa dua pesawat
tersebut pasti sudah melaporkan mengenai kapal yang terbakar itu” cerita
Tee lagi.
Pada 29 Mei, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) menyimpulkan
bahawa pesawat MH370 tidak hilang di kawasan empat isyarat ping dikesan
sebelumi ini.
Kawasan laut dalam di Lautan Hindi yang menjadi tumpuan operasi
pencarian pesawat MH370 selepas empat isyarat ping yang dipercayai
datang dari kotak hitam pesawat diiystiharkan sebagai bukan kawasan
pesawat MH370 hilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan