MALAYSIAKINI
Satu tulisan diterbitkan laman web Pemuda Umno mendakwa Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat sering dipergunakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang
mengambil kesempatan bertemu mursyidul am PAS itu untuk "menyucikan"
skandal yang dihadapi.
Tulisan pojok oleh seorang penulis bernama Ameen Latiff itu mendakwa, ia
bagi mengambil kesempatan ke atas golongan yang taksub kepada Nik Abdul
Aziz, kerana penyokong tersebut didakwa akan menganggap pertemuan
seperti itu sebagai penyelesaian kepada sesuatu isu.
"DAP tampil menggunakan taktik ampuh ini demi untuk mengekalkan status
quo penguasaan mereka ke atas PAS. Elemen ini digunakan sebagai teras
utama atau asas kepada pelan besarnya iaitu “pecah dan perintah”.
"Tentunya pendekatan penyucian dosa sangat menguntungkan kerana apapun
penghinaan terhadap Islam akan dianggap selesai oleh ahli PAS hanya
dengan mendengar kenyataan kononnya selesai berserta gambar si pesalah
bersama Nik Aziz.
"Dengan itu, akan bertautlah kembali kerjasama politik ahli PAS sambil
mengembangkan hidung berbangga-bangga kononnya DAP berjaya ditarbiyah,
dan tidak dilupakan (dakwaan ditimbulkan) bahawa ini hanyalah
gembar-gembur dan fitnah dari Umno semata-mata," tulisan itu dipetik.
Tulisan itu antara lain membangkitkan mengenai pertemuan anggota Exco Selangor Elizabeth Wong dengan Nik Aziz pada tahun 2009.
Pertemuan itu berlangsung selepas satu rakaman gambar yang menunjukkan Wong dalam keadaan mengaibkan tersebar luas.
Selain itu tulisan itu juga membangkitkan mengenai pertemuan MP DAP Teo
Nie Ching dengan Nik Abdul Aziz pada tahun 2010, ekoran kontroversi
yang timbul selepas Teo menyampaikan ucapan di sebuah surau di Kajang.
"Namun, segalanya terlerai apabila bertemu dengan Nik Aziz. Kembang
kempis hidung ahli PAS mengatakan bahawa ianya selesai," tulisnya lagi.
Ia seterusnya membayangkan bahawa calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang
berpendirian tegas dalam soal pelaksanaan hudud juga mungkin akan
mengambil langkah sama sekiranya menang dalam pilihan raya kecil Teluk
Intan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan