Oleh: Norhayati Umor
SHAH ALAM : Pemimpin Umno-BN bongkak dan keliru apabila berterusan menggunakan aset kerajaan untuk dipergunakan dalam kempen politik mereka sewenang-wenangnya.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyatakan Barisan Nasional (BN) boleh menggunakan sekolah sebagai lokasi berkempen.
“Itu masalahnya sebab mereka lupa yang membina sekolah itu adalah dari wang rakyat.
“Wang rakyat itu maksudnya duit dari penyokong BN mahupun pembangkang.
“Jadi apabila terlalu lama memerintah membuatkan BN lupa dan keliru apa itu politik,” katanya kepada ketika dihubungi SelangorKini.
Dr Halimah berkata sekolah mahupun institut pengajian tidak sesuai dijadikan lokasi berkempen politik kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan.
“Sekolah itu untuk anak-anak belajar. Mereka tidak mengundi pun. Kalau sekadar ceramah untuk bagaimana mereka menjadi lebih kreatif itu bagus.
“Tetapi kalau bawa hal politik itu tidak sesuai kerana akan menimbulkan pergaduhan dan tidak sensitif kepada penyokong-penyokong lain,” katanya.EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan