Jumaat, 23 Mei 2014

Jika saya masih Pemuda, harus kami bakar bangunan DAP, kata Veteran Umno

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Veteran Umno menyokong tindakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan  dan Pulau Pinang yang menceroboh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sebagai tindakan wajar bagi menyatakan kemarahannya terhadap komen Rayer. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Mei, 2014. Veteran Umno menyokong tindakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang yang menceroboh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sebagai tindakan wajar bagi menyatakan kemarahannya terhadap komen Rayer. – Gambar fail The Malaysian Insider.


Veteran Umno hari ini menyokong tindakan sayap pemuda parti Wilayah Persekutuan yang mencetuskan kekecohan dan mengugut mahu membakar Ibu Pejabat DAP.

Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Ya’akub berkata, jika beliau masih berada dalam sayap Pemuda, bukan sahaja ugutan yang akan diberikan tetapi ibu pejabat parti tersebut benar-benar akan dibakar.

“Kalau zaman saya pemuda Umno lebih teruk daripada itu lagi. Harus kami bakar bangunan itu. Nasib baiklah mereka tidak bertindak seagresif itu. Bukan masalah tidak sopan atau melanggar undang-undang tetapi sebagai bukti menunjukkan kemarahan.

Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Ya’akub berucap di hadapan 70 ahli sayap di Dewan Kampung Bahagia, Teluk Intan hari ini. Beliau berkata bukan sahaja ugutan yang akan diberikan tetapi ibu pejabat DAP benar-benar akan dibakar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik, 23 Mei, 2014.Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Ya’akub berucap di hadapan 70 ahli sayap di Dewan Kampung Bahagia, Teluk Intan hari ini. Beliau berkata bukan sahaja ugutan yang akan diberikan tetapi ibu pejabat DAP benar-benar akan dibakar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik."‎Jika orang kata rasis, kita duduk senyap, orang hina Melayu dan raja kita senyap, sebab itulah mereka berani kata macam-macam kepada kita,” katanya kepada The Malaysian Insider selepas memberikan ceramah kepada veteran Umno di Kampung Bahagia di Teluk Intan hari ini.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini berkata pihaknya bersedia menanggung kerugian yang ditanggung DAP akibat tindakan ganas Pemuda Umno Wilayah Persekutuan semalam.
Katanya, satu permohonan maaf secara peribadi dikemukakan kepada Dr Ong Kian Ming, bagaimanapun ahli parlimen Serdang itu enggan menerimanya, lapor portal berita.

Mustapha tidak bersetuju jika apa yang dilakukan pemuda Umno itu disifatkan sebagai mencetuskan huru-hara kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer yang memulakannya.
Katanya, apa yang dikatakan Rayer sangat kurang ajar dan tidak dapat diterima oleh orang Melayu.

“Pemuda Umno berhak menyatakan kemarahannya terhadap komen Rayer yang melabelkan ‘Umno celaka’. Ini satu perkataan sangat kurang ajar yang dilahirkan oleh seorang bukan Melayu terhadap bangsa Melayu.

"Tindakan pemuda Umno di Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang adalah tepat untuk menyatakan kita tidak lagi boleh berdiam diri atau berkompromi terlalu banyak dalam isu menyentuh bangsa dan agama,” katanya.

Beliau berkata kemarahan yang ditunjukkan Pemuda Umno sememangnya wajar kerana Rayer tidak akan sekali-kali memohon maaf.

Katanya, Umno tidak boleh dipersalahkan 100% kerana pihak pembangkang juga sebelum ini kerap mengadakan perhimpunan yang mencetuskan kekecohan.

"‎Saya tidak fikir ini perbuatan melampau kerana pembangkang buat Bersih 1, 2, 3 dan Bantah GST dengan jumlah yang lebih ramai. Itu lagi melampau. Kita Melayu berhak tunjukkan kita ada maruah dengan cara begitu.

"Tak cukup dengan permohonan maaf. Puak begini mana reti mintak maaf. Kita kena tunjuk dalam bentuk tindakan,” katanya.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Mustapha berkata rupa paras calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud tidak akan mampu menawan hati pengundi berbanding calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong yang lebih berpengalaman.

"Saya tak fikir orang Teluk Intan sanggup memberi kepercayaan kepada calon muda yang mungkin cantik, manis dan menawan tetapi tiada pengalaman berbanding calon yang berumur dan ada pengalaman serta rekod anak tempatan.

"Saya fikir kali ini orang Cina akan berfikir dua kali sebelum memilih DAP,” katanya.

Sementara itu, dalam ceramahnya, Mustapha berkata peluang BN memenangi PRK itu adalah 50% dan apa yang perlu dilakukan jentera adalah meningkatkan usaha supaya Mah dapat memenangi pilihan raya kali ini.

Tiada ulasan: