MALAYSIAKINI
MH370 Pusat penyelarasan penyelamat
sepatutnya dimaklumkan tentang kemungkinan berlaku kecemasan dalam
tempoh 30 minit hubungan dengan pesawat terputus, demikian menurut
garispanduan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Ini menguatkan lagi kebenaran kritikan bahawa Malaysia lambat kerana
mengambil masa kira-kira empat jam untuk memaklumkan kepada Pusat
Mencari dan Menyelamat Kuala Lumpur (ARCC) mengenai pesawat MH370 hilang
pada awal pagi 8 Mac bersama 239 penumpang dan anak kapal.
Peraturan yang digariskan dalam Lampiran 11 dan Lampiran 12
Konvensyen Chicago mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa, berkaitan
dengan perkhidmatan kawalan trafik udara dan operasi mencari dan
menyelamat.
Peruntukan di bawah Lampiran 11 menghuraikan tiga fasa berkaitan
kecemasan udara dan juga kaedah mengenai bila untuk mengisytiharkannya.
Ini dipanggil : 'Uncertain', 'Alert', dan 'Distress' mengikut urutan
keadaan kecemaran.
Keselamatan pesawat dianggap sebagai "Uncertain (tidak pasti)" jika ia
terputus komunikasi dalam masa 30 minit seperti yang dijangka, atau
dalam masa 30 minit percubaan pertama untuk berkomunikasi dengan
pesawat, gagal.
Ia kecuali "tidak wujud keraguan" bahawa pesawat dan dan penumpang dan kru selamat walaupun tiada komunikasi.
Di bawah Lampiran 12, ARCC sepatutnya bertindak balas dengan bekerjasama
dengan agensi-agensi berkaitan supaya sebarang laporan yang masuk
mengenai pesawat, boleh dinilai dengan cepat.
Jika percubaan seterusnya untuk menghubungi pesawat gagal, Lampiran 11
selanjutnya menetapkan bahawa situasi kecemasan sepatutnya ditingkatkan
ke fasa 'Alert', dan kemudian akhirnya 'Distress' jika percubaan
seterusnya masih gagal.
Apabila di fasa 'alert', ARCC sepatutnya memaklumkan kepada pasukan
mencari dan menyelamat pasukan, dan mereka digerakkan apabila kecemasan
memasuki fasa 'Distress'.
Hubungan terakhir dengan MH370 adalah melalui radar di jam 1.21 pagi 8
Mac, dan ia mengambil masa 17 miit untuk pengawal trafik udara di Bandar
Raya Ho Chi Minh untuk memberitahu rakan-rakan mereka di Kuala Lumpur
bahawa ia tidak mempunyai komunikasi dengan pesawat.
ARCC Kuala Lumpur hanya digerakkan pada jam 5.30 pago.
Dalam masa interim empat jam, pengawal trafik udara di Kuala Lumpur, Ho
Chi Minh, Kemboja, Singapura dan lain-lain, berkomunikasi dengan satu
sama lain untuk mencari maklumat mengenai pesawat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan