MALAYSIAKINI
TELUK INTAN BN telah menamakan
Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sebagai calon BN untuk berdepan
dengan calon muka baru DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam pilihan raya
kecil Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini.
Pencalonan veteran politik itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Teluk Intan petang ini.
Tempat pengumuman calon BN itu dibuat tidak jauh dari lokasi di mana DAP mengumumkan pencalonan Dyana tengahari tadi.
Anak tempatan, Mah memewakili Parlimen Teluk Intan antara tahun 1999
hingga 2008 sebelum tewas kepada calon DAP M Manogaran dalam pilihan
raya umum 2008 dengan majoriti tipis.
Mah bertanding sekali lagi kerusi Parlimen itu dalam pilihan raya umum
2013, tetapi kali ini tewas kepada calon DAP Seah Leong Peng dengan
majoriti 7,313 undi.
Mah mendapat 20,086 undi manakala Seah memperolehi 27,399 undi, Manakala calon tunggal Bebas hanya mendapat 279 undi.
Kerusi Parlimen itu menjadi kosong selepas Seah meninggal dunia pada 1 Mei kerana menghidap kanser.
Pilihan raya kecil Teluk Intan menyaksikan pertembungan pemimpin politik
veteran - Mah yang berusia 53 tahun - manakala muka baru dari DAP
Dyana, 27, yang bertanding buat kali pertama.
Hari penamaan calon ditetapkan Isnin ini, manakala pengundian pada 31 Mei.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan