Sudah terdapat kain rentang di Temerloh yang mahukan Shakar Shamsuddin menggantikan Adnan Yaacob
PETALING JAYA: Selepas Datuk Seri Ahmad Said ditukarkan sebagai Menteri Besar Terengganu, kini bahang pertukaran menteri besar mula terasa di Pahang.
Dalam tinjauan FMT sudah terdapat kain rentang di Temerloh yang mahukan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Shakar Shamsuddin (gambar) menggantikan Datuk Seri Adnan Yaacob.
Adnan telah menjadi menteri besar sejak tahun 1995. Beliau merupakan ketua bahagian yang menyokong Tun Ghafar Baba dalam pertandingan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1993 ketika Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menentang Ghafar Baba.
Beliau yang juga ADUN Pelangai telah lima penggal menjadi menteri
besar Pahang dan dikatakan akan menjadi menteri besar kedua akan
ditukarkan selepas Ahmad Said.
Bagaimanapun, kedudukan Adnan Yaacob bergantung kepada Sultan
Pahang. Beliau dikatakan amat rapat dengan istana kecuali beliau
meletakkan jawatan atas faktor kesihatan kerana beliau dikatakan
terkena penyakit burkholdera cepacia pada November tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan