Selasa, 6 Mei 2014

Pengerusi Mywatch syak dua suspek, termasuk Datuk terlibat ugut

Lyn Nasir


Sanjeevan MywatchKUALA LUMPUR : Dua suspek yang mempunyai kaitan rapat dengan seorang pegawai polis berpangkat Datuk disyaki terlibat dalam kes ugutan terhadap pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan.

“Dalam dua minggu ini saya sibuk mendedahkan kes pelacuran dan perjudian di Melaka dan ia mempunyai kait rapat dengan pegawai kanan polis yang berpangkat Datuk.

“Mungkin individu tersebut yang buat semua perkara ini,” kata Sanjeevan kepada Keadilandaily.

3 Mei lalu, Sanjeevan yang merupakan pengerusi Pasukan Bertindak Badan Pemantau Jenayah (MyWatch) dikejutkan dengan penemuan tiga butir peluru hidup dalam peti surat rumah keluarganya di Kampung Taman Jaya, Jempol, Negeri Sembilan.

Namun, tidak ada sebarang nota di dalam sampul tersebut dan Sanjeevan yakin ia adalah ancaman daripada pihak yang menembaknya tahun lalu.

Berikutan ancaman tersebu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Bahau, pada hari yang sama.
“Dan boleh jadi juga kes tembak di Bahau, peluru yang ada dalam badan saya ukurannya 9mm. Ssama dengan peluru yang ditemui dalam peti surat tersebut iaitu 9mm.

“Kedua-dua orang ini adalah individu yang berbeza. Jadi saya syak antara mereka yang melakukan perkara ini,” katanya.

Beliau yang juga calon Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam Pemilihan KEADILAN bagaimanapun berkata, tidak akan berdiam diri berikutan ugutan yang diterima, malah akan terus mendedahkan segala penyelewengan yang berlaku.

Satu sidang media akan dibuat dalam masa terdekat bagi mendesak sebuah pasukan khas ditubuhkan polis bagi menyiasat segala kes yang cuba dibongkar olehnya

Tiada ulasan: