KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, beliau dan Pas Terengganu akan memberikan sokongan yang penuh terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.
Sambil mengucapkan tahniah, Raja Bahrin berkata, pihaknya mengharapkan menteri besar yang baharu itu berusaha keras dan meminta Kerajaan Pusat memulangkan hak royalti kepada Terengganu.
Menurutnya, antara tugas utama yang perlu Ahmad Razif lakukan ialah memperjuangkan hak royalti dengan kadar 20 peratus, seperti mana yang diminta oleh Ketua Menteri Sarawak pada 6 Mei lalu.
“MB harus ambil pendekatan sama dengan Sarawak dalam memperjuangkan hak royalti Terengganu. Saya juga mengharapkan beliau memulakan semula Tabung Warisan dari hasil minyak dan gas yang telah dimulakan pada tahun 1970-an," katanya.
Beliau yang juga Penasihat Royalti Terengganu (R) berkata, tabung itu penting untuk masa depan rakyat negeri ini.
Selain itu katanya, Ahmad Razif perlu mengurangkan kebergantungan negeri kepada hasil minyak dan gas yang merupakan hampir 90 peratus daripada bajet tahunan Terengganu sekarang dengan menambah pendapatan negeri daripada sumber lain.
Jelasnya, Ahmad Razif patut mengikut contoh ketua menteri baharu Sarawak yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan pada awal pemerintahannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan