Oleh; HAFIZAN TAIB dan NAEEM RAFFI
SHAH ALAM : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sudah diarahkan mengambilalih pengurusan pasar pagi dan malam di seluruh Selangor berkuatkuasa 2012.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim, berkata arahan dibuat Kerajaan Negeri itu diambil supaya pengurusan tapak perniagaan diletakkan di bawah bidang kuasa PBT sepenuhnya dalam usaha menjadikannya lebih tersusun dan kemas.
Katanya, pengambilalihannya dilakukan secara beperingkat daripada pihak yang terbabit antaranya Jawatankuasa Penduduk (JKP) di kawasan berkenaan.
“PBT sudah mengambialih soal pengurusan termasuk kutipan sewa pasar pagi dan malam. Ia membabitkan banyak kawasan di bawah pentadbiran PBT seluruh Selangor dan bermula 2012, ia dilakukan secara berperingka,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.
Chang Kim berkata, sehingga kini PBT meneruskan langkah itu dengan bilangan tapak pasar pagi dan malam semakin mengecil.
“Kes yang masih ada tidak dapat dipastikan tetapi mungkin terpencil,” katanya.
Sebelum ini, terdapat dakwaan ahli parti tertentu yang menganggotai JKP terbabit menjalankan aktiviti kutipan sewa tapak pasar pagi dan malam di negeri itu dan ia dikatakan berlaku sejak beberapa tahun lalu.
Mengulas perkara itu, Bendahari PAS Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata PAS negeri akan menjalankan kajian berhubung perkara terbabit.
“Kita akan kaji perkara ini sama ada benar atau tidak. Jika benar maka tindakan akan diambil,” katanya yang juga Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, pula berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara terbabit dan pihaknya akan menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan berkenaan sebelum tindakan diambil.
“Kita akan menyiasat terlebih dahulu sejauh mana dakwaan berhubung perkara itu. Adakah kutipan itu dilakukan atas arahan PBT atau pihak lain.
“Setakat ini dakwaan terbabit hanya khabar angin kerana belum terbukti kebenarannya. Saya hanya akan bertindak selepas menerima laporan,” katanya.-NFN-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan