MALAYSIAKINI
Ahli Parlimen DAP bagi Teluk Intan, Seah Leong Peng meninggal dunia pagi ini akibat barah.
Berita kematian Seah, 48, diumumkan melalui akaun Twitter rasmi parti tersebut.
Berikutan itu, pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan dan merupakan PRK yang keenam selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan Seah meninggal dunia di Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada kira-kira pukul 7.30 pagi ini.
Timbalan Setiausaha DAP Datuk Ngeh Koo Ham mengesahkan perkara itu.
Sementara itu, ahli Parlimen Ipoh Timur Thomas Su berkata Seah dikesan menghidap kanser Febuari lepas.
"Sejak itu keadaannya semakin teruk dan menerima rawatan di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata mayat mendiang dijangka tiba di kediamannya di Teluk Intan petang ini.
Dalam pilihan raya umum lepas, Seah menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew
Keong dan calon Bebas, K Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.
Mendiang sebelum ini pernah menjadi ADUN Pasir Bedamar selama tiga penggal sejak tahun 1999..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan