Oleh: Norhayati Umor
PETALING JAYA : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini mewajibkan semua bangunan komersial sekitar kawasan pentadbirannya menyediakan tempat letak kereta khas untuk wanita.
Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Puasa Md Taib, berkata 10 peratus dari jumlah petak parkir kereta, sama ada luar atau dalam bangunan perlu menyediakan kemudahan berkenaan.
Katanya, tempat letak kenderaan bagi wanita itu perlu disediakan sama ada bangunan baru atau bangunan lama.
“Bagi bangunan baru, kami mengenakan syarat berkenaan kepada pemaju atau pemilik bangunan ketika proses permohonan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Jika mereka ingkar, CCC tidak akan dikeluarkan.
“Bagi bangunan sedia ada, kami akan laksanakan syarat berkenaan bila mereka mahu memperbaharui lesen,” katanya ketika sidang media di Program Hari Tanpa Kenderaan Petaling Jaya, di sini, semalam.
Puasa berkata, kemudahan berkenaan perlu dilengkapi dengan penyediaan kamera litar tertutup (CCTV) dan pengawal keselamatan bagi memastikan keselamatan wanita terjamin.
Sebelum ini, sebagai permulaan, MBPJ memperuntukkan dua buah tempat letak kereta di hadapan premis Public Bank dan Ambank.
Kemudahan yang terletak di Pusat Bandar Seksyen 52 itu disediakan di kawasan strategik yang lengkap dengan pengawal keselamatan dan CCTV.
Selain itu, Puasa turut memaklumkan laluan basikal dan pejalan kaki sepanjang 6 kilometer (km) mengelilingi Pusat Bandar Seksyen 52 akan disediakan di bawah Projek ‘PJ City Cycleways Network’ dan jalan utama dijadikan laluan sehala mulai Jun ini.
Projek itu adalah sebahagian daripada program pengangkutan mampan yang membabitkan 56km laluan basikal bagi keseluruhan kawasan Petaling Jaya, di mana sehingga kini 13km sudah siap dibina dan sepanjang 16km lagi dijangka siap tahun ini.EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan