PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 26, selamat
melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada pukul 7.40 malam,
pada Isnin.
Ibunya, Datin Habsah Simpon berkata, Liyana yang kini berada di Pusat
Perubatan Prince Court dekat sini, bersalin secara normal dan kini
berada dalam keadaan baik.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar Liyana dimasukan ke Pusat
Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk
bersalin.
"Kira-kira pukul 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan
seberat 2.9 kilogram secara normal," katanya kepada mStar Online
melalui aplikasi Whatsapp, di sini, Isnin.
Tambahnya, buat masa ini Liyana masih belum memberitahu nama yang dipilih untuk diberikan kepada bayi sulungnya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan