Ahad, 25 Mei 2014

Lim: Kenyataan 'gincu' menteri hina wanita

MALAYSIAKINI




 
 
 
Kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan semalam bahawa hanya orang bodoh sahaja mengundi berdasarkan rupa paras mengundang kemarahan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
 
“Adakah Abdul Rahman (kanan) cupa menghina wanita? Soal Lim semasa lawatannya ke pasar Teluk Intan hari ini.
 
“Saya tuntut beliau memohon maaf kepada kesemua wanita di Malaysia dan Teluk Intan.”
 
Katanya, walaupun menteri kabinet itu masih muda, kenyataan itu menunjukkan pemikiran konservatif ekoran kenyataannya seolah-olah membayangkan memakai gincu suatu kesalahan.
 
Merujuk kepada calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, Rahman semalam berkata, pengundi tidak harus memilih calon berdasarkan soal remeh-temeh, seperti memakai gincu, pandai senyum dan berhias lawa. 
 
Dyana berdepan calon BN Mah Siew Keong yang juga presiden Gerakan dalam pertembungan satu lawan satu.

Tiada ulasan: