DAP petang ini mendakwa gambar palsu
calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud berbikini yang telah dinafikannya
sebelum ini diedarkan di Masjid Kampung Banjar, Teluk Intan semalam.
"Saya difahamkan ada satu stack gambar ini dijumpai dalam
masjid dan kalau ini bukan biadab, saya tak tahu apa lagi itu biadab,"
kata MP Batu Kawan, Kasthuri Patto.
Beliau berkata demikian selepas mengiringi ADUN Pasir Pinji, Lee Chuan How yang bertindak sebagai wakil calon bagi Dyana.
"Perkara ini telah dibawa ke perhatian kami semalam semasa mesyuarat dengan Pakatan Rakyat oleh PAS.
"Mereka yang jumpa risalah ini di kawasan Changkat Jong dan mereka bawa
kepada perhatian kami," kata Lee selepas membuat laporan di ibu pejabat
polis daerah Hilir Perak, petang tadi.
Tanpa menuding jari kepada BN sebagai dalang di sebalik penyebaran
gambar itu, Lee menggesa calon BN, Datuk Mah Siew Keong agar mengecam
penyebaran gambar itu, selaras dengan kempen bersih dan adil yang
dijanjikannya sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan