MALAYSIAKINI
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata tindakan kumpulan -
yang membantah kenyataan ADUN Seri Delima mengenai Umno - menceroboh
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini adalah "salah".
Bagaimanapun, katanya, protes terhadap kenyataan ADUN DAP itu yang mengatakan "Umno celaka" adalah wajar.
Katanya, mereka jelas marah dengan kenyataan tersebut dan oleh itu, sebab mereka mengadakan demonstrasi itu adalah wajar.
Khairy berkata demikian sebelum melakukan tinjauan mesra dengan calon BN di Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong petang ini.
Katanya, beliau menyokong mereka mengadakan protes di luar bangunan,
tetapi menegaskan bahawa tindakan menceroboh Dewan Undangan Negeri
memang salah.
Beliau mengulas tindakan 10 orang peserta protes itu, termasuk Naib
Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Jasmin Nordin, yang menceroboh ke dalam
Dewan tersebut petang tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan