Roketkini.com
GEORGE TOWN: Calon DAP Ramkarpal Singh menang bergaya dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor dengan memperoleh majoriti besar.
Sebaik saja keluar dari pusat pengiraan undi, beliau menerima sorakan gemuruh penyokong yang setia menunggu di luar Dewan Sri Pinang meskipun hujan lebat.
Keputusan diumumkan pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Anwar Yahaya tepat jam 9.01 malam.
Beliau berjaya mendapat majoriti besar, iaitu 37,659 undi selepas meraih 41,242 undi keseluruhan.
Keputusan itu tidak jauh berbeza dengan mendiang ayahnya, yang meraih majoriti 41,778 undi pada Pilihanraya Umum yang lalu.
Calon lain, iaitu dari Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan mendapat 3,583 undi, manakala calon bebas Abu Backer Sidek Mohamad Zan mendapat hanya 225 undi dan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar 799 undi.
Ketiga-tiga calon yang tewas hilang wang pertaruhan.
Jumlah undi rosak pula adalah 539, dan undi tidak dikembalikan pula 50.
Peratusan mengundi pada PRK kali ini turun kepada 56.3 peratus. -Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan