KL TODAY
KUALA
LUMPUR – Boeing, pengeluar pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370
yang hilang secara misteri sejak 8 Mac lepas, bersama-sama seluruh
komuniti penerbangan global berikrar untuk mengetahui apa yang berlaku
terhadap pesawat berkenaan dan mengapa.
Dalam
kenyataan di sini hari ini, pengeluar pesawat itu berkata Boeing
sedang bekerjasama dengan semua pihak dengan harapan menyelesaikan
pencarian pesawat itu secepat mungkin.
Ia berkata semua laporan kemas kini dan maklumat harus disampaikan pihak berkuasa Malaysia.
“Boeing
terlibat secara aktif sebagai penasihat teknikal kepada Lembaga
Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat, berkongsi
kepakaran tenikal dan analisis dengan pasukan penyiasat Malaysia dan
menyokong pencarian yang dilakukan sekarang,” kata Boeing.
Boeing
berkata ia akan turut serta dan menyokong usaha untuk mencari cara
berkesan dan efisien bagi meningkatkan pengesanan kapal terbang di
seluruh dunia.
“Sejak
hari pertama, keluarga dan insan disayangi yang menaiki pesawat
Malaysia Airlines 370 sentiasa dalam ingatan dan doa kita,” kata
Boeing.
Penerbangan
MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan
radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac
setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41
tengah malam.
Antara penumpangnya tiga orang warga Amerika Syarikat.
Gerakan
mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat
Boeing 777-200ER itu diperairan Perth, Australia membabitkan penggunaan
Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) Bluefin-21.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan