KELAB GREENBOC
Teluk Intan: Satu lagi provokasi dicetuskan, kali ini pacuan empat roda Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang menjadi sasaran.
Kenderaan itu menjadi sasaran khianat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan cat dengan menulis "mana hudud? di bahagian belakangnya.
Kejadian itu berlaku di hadapan Bilik Operasi Petugas PAS PAS Bukit Gantang yang menjadi tempat berkumpul jentera pilihanraya daripada kawasan itu.
Ianya disedari oleh seorang petugas yang ingin keluar memulakan tugas pilihanraya menggunakan pacuan empat roda itu kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, tindakan tersebut adalah amalan politik yang tidak bertamadun.
"Lawanlah dengan hujah, bukannya bertindak seperti politik zaman purba. Sekarang politik ibarat langit yang terbuka.
"Biarlah Allah membalas kerja mereka. Mungkin mereka dapat upah kenyang sampai 100 tahun," katanya kesal.
Jelas beliau, apa yang berlaku itu adalah asam garam dalam perjuangan yang perlu dilalui.
Ekoran insiden itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mengharapkan petugas PAS dan Pakatan Rakyat meningkatkan tahap keselamatan terutama menghampiri hari pembuangan undi nanti.
Beliau turut mengharapkan pihak polis meningkatkan lagi keselamatan di sepanjang kempen.
"Jangan biarkan orang-orang yang tidak bertamadun ini bertindak mengikut selera masing-masing.
"Biarlah pengundi tentukan siapa yang mereka mahu pilih, jangan wujudkan budaya samseng," jelasnya lagi.
ULASAN GB
Konon hendak sangat hudud. Tahukah si penconteng itu apa hukumannya terhadap tangan orang yang menconteng sesuka hati terhadap harta milik orang lain?
Biar hakim mahkamah syariah yang menjalankan hukum Islam menetapkan hukumannya dan golongan yang beriya-iya hendakkan hudud itu benar-benar merasai hukumannya terlebih dahulu daripada orang lain.
Jika tidak, biar Allah sendiri menjalankan hukumanNya ke atas penconteng tersebut. Dan, insyaAllah, Allah tidak akan persia-siakan "permintaan" sipenconteng itu. Dia akan mendapatnya terlebih dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan