Ahad, 25 Mei 2014

Ambiga: Apa tindakan SPR pada Zahid?

MALAYSIAKINI


 


Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar pelbagai peraturan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya melalui amarannya kepada sukarelawan RELA.

Katanya, beliau tertanya-tanya jika Suruhanjaya Pilihan Raya akan bertindak atas kenyataan Ahmad Zahid semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan itu.

"Bagaimana (Zahid) tahu mengenai undi? Undi adalah rahsia. Saya boleh beritahu anda, banyak kesalahan dilakukan hari ini (Sabtu), tapi adakah SPR akan bertindak?

"Sebab itu saya mahu anda keluar mengundi pada 31 Mei," kata Ambiga lagi dalam satu majlis di Sekolah San Min, Teluk Intan.

Ahmad Zahid dalam satu ucapan di sebuah sekolah semalam memberi amaran kepada anggota RELA bahawa beliau "tahu siapa yang mengundi dan tidak mengundi" semasa pilihan raya umum lalu.

"Jadi, kali ini, pasitkan BN menang di kerusi Parlimen ini," katanya.

Beliau juga berjanji untuk membekal pakaian seragam baru kepada anggota RELA tersebut sekiranya BN menang dalam pilihan raya kecil kali ini.

Tambahnya, Teluk Intan akan layak menerima peruntukan RM1 juta sekiranya memilih Mah Siew Keong.

Tiada ulasan: