Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR: PKR
akan membuka Bilik Gerakan Utama pada 17 Oktober ini, kata Pengarah
Pilihan Raya Kecil (PRK) parti itu bagi Dewan Undangan Negeri (Dun)
Sungai Limau, Ir Zamri Yusoff.
Keadilan Daily melaporkan, beliau berkata bilik gerakan itu akan dibuka di Pekan Sungai Limau dan pelancarannya dibuat serentak dengan jentera Pilihan Raya Kecil Pakatan Rakyat.
Tambahnya, PKR akan menyusun program bersama PAS dan Pakatan Rakyat Kedah dengan menumpukan kepada beberapa kawasan Unit Peti Undi (UPU).
Menurutnya, daripada 19 UPU di seluruh Dun Sungai Limau, Pakatan tewas di tujuh UPU ini pada Pilihan Raya Umum ke-13. Antaranya UPU Sungai Kering, UPU Dulang Kecil dan UPU Dulang Besar.
Justeru, ujarnya PKR akan bantu menggempur tujuh UPU yang dikenalpasti sebagai kubu BN.
“Beberapa progam sedang diatur dan tumpuan di kawasan-kawasan tadi,” kata Zamri yang mengalu-alukan kehadiran penyokong Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan