Jumaat, 11 Oktober 2013

Polis: Kes Sanjeevan ditembak sedang disiasat



 
VIDEO | minit 1:49


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah menyangkal dakwaan pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan bahawa polis tidak menyiasat kes beliau ditembak.

hadi hoHadi menegaskan bahawa pihak polis mula menyiasat kes tersebut - yang mengakibatkan Sanjeevan cedera parah - sejak dari awal lagi, selepas laporan polis dibuat, dan kes itu telah diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Hadi berkata dakwaan bahawa polis tidak menyiasat kes tersebut adalah satu pembohongan.

Beliau mengulas aduan Sanjeevan bahawa polis lebih berminat dalam menyiasat tweetnya yang mendakwa penglibatan polis dalam kes dia ditembak, daripada menjadi penyerangnya.

Bagaimanapun, Hadi berkata, polis masih belum mengambil kenyataan Sanjeevan mengenai kejadian itu.

Mengenai laporan polis terhadap Sanjeevan, Hadi berkata, polis menerima empat laporan dan akan menyerahkan dokumen yang diperlukan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut setelah siasatan selesai.

Tiada ulasan: