Ahad, 20 Oktober 2013

Liow enggan ulas soal kerjasama dengan Chua

 


 

Timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta anggota parti mengenepikan perbezaan di antara mereka namun enggan mengulas sama ada beliau akan bekerjasama dengan presiden Datuk Seri Chua Soi Lek.

Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Liow antara lainnya berkata kini tiba masanya untuk MCA bekerjasama tanpa mengira puak demi mengukuhkan parti.

Ditanya sama ada beliau dapat bekerjasama dengan Chua, Liow bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan hanya mengulangi seruannya agar anggota parti itu bersatu.

Beliau juga enggan mengulas sekiranya ditanya sama beliau akan berdamai dengan Chua.

Ditanya lanjut mengenai keputusan perwakilan MCA yang menolak resolusi bagi ahli parti menerima jawatan Kabinet, Liow berkata ia merupakan ketentuan perwakilan.

Katanya, maklum balas dari akar umbi MCA yang diperolehinya menunjukkan bahawa parti itu tidak perlu tergesa-gesa untuk menyertai semula Kabinet.

Katanya, beliau juga bersedia untuk memperbaiki dirinya memandangkan seramai 965 perwakilan berpendapat bahawa parti harus membuat teguran kepadanya, walau 1,190 orang perwakilan lagi berpendapat sebaliknya.

Tiada ulasan: