Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganggap NGO hak wanita Sisters in
Islam (SIS), aktivisnya Zainah Anwar dan bekas pengarang Al Islam terbitan Utusan Astora Jabat sebagai pendokong fahaman 'liberalisme' dan 'pluralisme'.
Pengumuman itu dibuat Penolong Pengarah Akidah, Bahagian Penyelidikan Jakim Mohd Aizam Mas'od pada forum "Ancaman Liberalisme oleh kumpulan-kumpulan hak asasi di PBB" di Kuala Lumpur hari ini.
Menurutnya, Zainah (kiri) menerusi tulisannya dalam New Straits Times pada 2006 memperolok-olokkan fatwa pengharaman fahaman liberalisme dan pluralisme oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK).
"Jadi dia buat ayat-ayat yang provokatif untuk menyatakan fatwa ini buat satu ayat yang tidak tepat dan tergopoh gapah," katanya.
Astora Jabat pula dakwa Aizam, mempertikaikan ijtihad dengan berkata, ia bukan hukum Allah kerana hukum Allah itu hanya dikira yang qatie atau muktamad sahaja.
Manakala SIS pula didakwa cuba mendapatkan hak menjatuhkan talak untuk perempuan dan menyamaratakan nisbah pembahagian harta pusaka di antara lelaki dan perempuan.
"Kalau kita biarkan suara-suara mereka ini tanpa tentangan mungkin mereka akan diberi tempat yang istimewa yang melibatkan penggubalan polisi, dasar dalam negara.
"Dan akhirnya menyebabkan kedudukan Islam itu tersudut, terpinggir dalam negara kita," katanya.
Menurut laman e-fatwa kelolaan Jakim, MFK yang bersidang pada Julai 2006 memutuskan "aliran pemikiran liberal" sebagai ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.
Menurut huraiannya, keputusan itu dibuat antaranya atas alasan fahaman itu berpegang kepada konsep pluralisme bahawa semua agama sama taraf, menganggap akal sebagai "wahyu tidak bertulis" dan meragui ketulenan al-Quran.
Daripada aspek syariah pula, liberalisme, dalam tafsiran mereka, mempersoal methodologi pentafsiran al-Quran dan hadis, menggesa tafsiran baru konsep ibadat dan mempertikai akhlak kenabian.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Zainah, Astora (atas) dan SIS berhubung tuduhan itu.
ISMA: Facebook bawa elemen liberalisme
Sementara itu, Seorang lagi penceramah, Timbalan Presiden ISMA, Aminuddin Yahaya (kiri) turut melihat laman sosial Facebook membawa elemen liberalisme, yang antaranya membawa kepada gejala murtad.
"Sebab itu ramai Melayu murtad sekarang ini antaranya (melalui) Facebook.
"Saya jumpa tiga orang remaja perempuan, bermula dengan Facebook sahaja duduk lama dalam bilik, mak ayah tak kisah, kerja ahli perniagaan.
"Duduk berbual dalam itu akhirnya jadi Hindu," dakwa Aminuddin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan