Keputusan isu Kalimah Allah di Malaysia
telah pun menjadi bualan dan bicara di seluruh pelusuk dunia. Nama
Malaysia naik sekali lagi untuk isu kalimah Allah yang terbaru ini.
Noh Gadut : Boleh murtad pertikai keputusan kalimah ALLAH (Sinar Harian)
SHAH ALAM – Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyatakan orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah ALLAH boleh menjadi kafir serta murtad.Menurutnya, tindakan umat Islam yang mempertikaikan keputusan itu mencerminkan akidah dan syariat serta keji dari segi akhlak.Katanya, kafir dan murtad seseorang itu “jatuh” sekiranya individu tersebut melakukan dalam keadaan sengaja dan waras.“Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja,” katanya yang dipetik Utusan.online.Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan The Herald.Dalam pada itu, Nooh berkata, mempertikaikan keputusan itu juga seolah-olah mempersoalkan apa yang termaktub dalam kitab suci al-Quran iaitu ALLAH hanya untuk orang Islam.“Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.“Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua kalimah syahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi,” katanya lagi.
Apa yang Berita Semasa perhatikan
apabila Dr Asri telah jelaskan daripada dahulu lagi dengan dalil lagi.
Tetapi kalangan ulama yang bantah penggunaan nama Allah ini yang tidak
disertakan dengan dalil, hanya bercakap mengenai syirik dan sesat semata
yang mana tidak lari dengan kepentingan politik.
Isu Kalimah Allah (Dr Asri): Takkan Seluruh Dunia Arab murtad? – Malaysiakini
Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.NONE”Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala,” katanya.Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri (atas) bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut “pihak tertentu”.Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili – yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian – juga dianggap murtad.Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.“Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu” katanya.Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah “Allah” boleh menjadi kafir dan murtad.Kalau Islam dihalang guna ‘Isa’ bagaimana?Sementara itu, pendakwah bebas Wan Ji Husein (bawah) pula tampil dengan beberapa persoalan berkaitan kalimah Allah yang menurutnya patut diperjelas oleh Nooh, antaranya:ppim police report against ustad wan ji insults sultan 200813 01(1) Status ayat al-Quran yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang dibacakan nama Allah boleh dimakan.(2) Status agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan kalimah Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.(3) Suruhan Allah dalam al-Quran yang menyuruh orang Kristian bersumpah dengan nama Allah jika mereka menafikan sesuatu tuduhan jenayah.(4) Yahudi dan Kristian sejak zaman penurunan wahyu sendiri mempunyai kefahaman yang berbeza dengan Islam apabila menyatakan Uzair dan Isa anak Allah, seperti dirakam dalam al-Quran.“Makanya, apa logiknya kata Yahudi dan Nasrani dulu tak sama dengan Yahudi dan Nasrani zaman sekarang? Nooh Gadut ada jawapan tak?” tulis bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu.Wan Ji juga menimbulkan persoalan berhubung sikap umat Islam jika mahkamah di negara yang diperintah orang Kristian, seperti England, melarang umat Islam menyebut nama Nabi Isa dalam al-Quran dengan alasan“Noh Gadut setuju atau tidak dengan mahkamah England itu?” soalnya lagi?
Gambar Sekitar Keputusan Isu Kalimah Allah Malaysia?
Tidak semestinya rakyat malaysia pertikaikan keputusan mahkamah bermakna mereka sokong perjuangan orang Kristian. Contohnya :
- Orang Islam 1 – ‘kenapa the herald sahaja? Jikalau majalah lain boleh?
- Orang Islam 2 – ‘di Sabah Sarawak kanak-kanak Islam terkeliru mengenai tentang Allah?
- Orang Islam 3 – ‘di Indon orang Kristian pun guna kalimah Allah. Adakah yang mana hendak belajar agama sampai hantar ke pesantren sana, adakah juga bakal dengan ajaran pesantren di sana?’
Adakah komen-komen & respon balas di atas layak untuk mereka jatuh murtad?
P/S : Islam itu mudah dan indah . Yang
tidak indah dan menjadikannya lebih sukar ialah ummahnya sendiri yang
tidak takut mati, dan lebih cintakan dunia (kekayaan, pangkat, kuasa
& pengaruh). Apa respon balas anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan