Adakah anda merasakan kerajaan Malaysia
sekarang ini sedang berada dalam landasan yang betul bagi mengurangkan
kadar perbelanjaan & hutang negara yang bernilai (KLIK SINI) selama ini? Benarkah?
Realitinya bulan ini, kerajaan sekali
lagi tampil di parlimen dengan membentangkan rang undang-undang
perbekalan tambahan buat kali kedua tempoh 2 bulan untuk tujuan
mendapatkan dana tambahan sebanyak RM14 bilion. RM14 bilion? Ya…..untuk tujuan perbelanjaan pengurusan kerajaan Malaysia.
Sekitar 2 bulan lepas, kerajaan Malaysia telah berjaya mendapatkan RM13 bilion. Bermakna di sini, dalam tempoh 2 bulan sahaja kerajaan Malaysia berusaha mendapatkan bajet tambahan sebanyak RM27 bilion.
Adakah ini berpunca daripada perancangan & pelan pengurusan
kewangan yang teruk sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran &
pemborosan dalam menggunakan dana & kekayaan negara oleh beberapa
kementerian?
Bajet Tambahan RM27 Bilion Imej Tidak Baik Kepada Ekonomi Malaysia?
Ia sekaligus akan terus memberikan imej
yang tidak baik di akalangan agensi penarafan kredit seperti Fitch
Rating yang boleh memburukkan lagi keadaan nilai matawang ringgit
Malaysia kelak.
Dalam pada masa yang sama seperti yang pernah Berita Semasa katakan sebelum ini (SEPERTI DI SINI),
khabar angin di Malaysia sangat boleh dipercayai. Khabar angin yang
acapkali menjadi realiti, di mana khabar angin yang berasas.
Sebelum ini Berita Semasa mengingatkan
kepada semua bahawa hutang negara semakin meningkatkan. Bukan tidak
mengambil tanggungjawab untuk saling memperingati supaya tidak boros
membelanjakan duit rakyat & negara. Nah….sekarang ini sama-sama akan
merasai terutamanya kesan kepada rakyat Malaysia disebabkan pengurusan
hasil mahsul negara dan ekonomi yang lemah.
Harga Minyak Ron 95 Tidak Akan Naik Dalam Masa Terdekat!
Walaubagaimanapun, apa sahaja jangkaan termasuklah penganalisis ekonomi dan juga PDAM (DI SINI) Berita Semasa sama sekali yakin yang mana kerajaan Malaysia tidak akan naikkan lagi harga minyak RON 95 dalam masa terdekat
ini (seperti mana kenyataan rasmi oleh Tan Sri Muhyiddin Yaasin)
baru-baru ini apatah lagi mengambil kira persediaan menjelang
Pilihanraya Kecil Dun Sungai Limau tidak lama lagi & Bajet 2014,
tetapi ianya tidak mustahil akan naik pada masa hadapan cuma alasan yang
diberikan perlulah munasabah.
Jikalau alasan berlaku penyeludupan di
sempadan memang rakyat tidak boleh terima, sebab kerajaan telah bayar
gaji & tanggungjawab kepada Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan
perkara ini hanya berlaku di beberapa negeri di Malaysia ini dan
melibatkan kawasan yang kecil sahaja
Berdasarkan semakan Berita Semasa
merujuk pemerhatian penganalis dan pakar-pakar ekonomi meramalkan akan
berlakunya perbelanjaan operasi yang lebih tinggi bagi tahun 2014
melibatkan emolumen & perkhidmatan awam.
Bagi Berita Semasa. Cukuplah. Usahlah membazir. Buangkan ego dalam diri setiap pemimpin politik yang ada. Tampil mengaku dengan kesilapan sendiri & paling pentingnya…berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Inilah masa dan ketikanya untuk kerajaan Malaysia mengurangkan pembaziran dana negara. Jika anda sebagai pemimpin negara & pemimpin politik sendiri tidak menunjukkan contoh yang terbaik,
bagaimana mungkin anda mahu memberikan kepada rakyat Malaysia yang ada
di sini contohnya supaya berjimat cermat ketika berbelanja &
mengurus kewagan amasing-masing dengan baik?
“Kepimpinan melalui tauladan”
Memang sangat-sangat pelik, semakin
tinggi kenaikan harga minyak dunia, semakin tinggi pendapatan negara.
Semakin rendah kos sara hidup di Malaysia. Tetapi….ini tidak berlaku di
Malaysia.
Bajet Tambahan US$4.8 Bilion : Perbelajaan Boros & Membazir Kerajaan?
Kadang-kadang terfikir juga :
“Malaysia ini ada telaga minyak atau tidak?”
Hakikatnya, bajet tambahan sebanyak RM14
bilion lagi daripada “rakyat Malaysia” adalah satu berita buruk untuk
ekonomi negara ketika ini. Sepertimana Malaysia sedang bergelut untuk
menangani hutang dan bajet defisit di asaat-saat akhir ini dan
perbelanjaan tambahan ini akan memburuk lagi keadaan termasuklah
pemerhatian dan pandangan agesi penarafan kredit antarabangsa seperti
Fitch Rating.
Dan sekarang bagaimana & apa
mekanisme yang akan Malaysia Malaysia gunakan mengurangkan hutang negara
supaya kurang daripada 50% daripada KDNK Malaysia?
- Pada tahun 2009 : Hutang negara adalah sekitar 40% KDNK Malaysia
- Pada September 2013 : Hutang negara melebihi RM55%
Sama-sama kita nantikan apakah intipasti Bajet 2014. Dan Berita Semasa berharap akan adanya disiplin dalam menguruskan kewangan negara
Realitinya, Malaysia masih aman.
Disebaliknya, rakyat Malaysia kita sekarang tidak berperang menggunakan
senjata dengan musuh, tetapi rakyat Malaysia kita sedang berperang dengan ekonomi diri sendiri & kos sara hidup
yang menjadi musuh yang sebenar sekarang ini. Dalam pada masa yang sama
terus mendukung kehidupan mewah golongan kapitalis di Malaysia.
Harapan Berita Semasa, kerajaan Malaysia
benar-benar peka dengan setiap permasalahan rakyat Malaysia yang telah
memberikan amanah & tanggungjawab mentadbir negara dengan baik untuk
kebaikan kami, kita dan anda semua di sini.
Apa pandangan balas anda
pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan