SINAR HARIAN
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
KUALA LUMPUR - Cadangan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden
tidak dipertandingkan pada pemilihan Umno Oktober ini tidak bermakna
parti tidak demokratik, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie
Apdal.
Sebaliknya, ia merupakan cadangan yang perlu diterima untuk mengelakkan perpecahan di saat Umno sedang melalui proses transformasi yang memerlukan perpaduan yang lebih jitu, katanya di sini hari ini.
Bercakap kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di sini, Mohd Shafie yang juga menteri berkenaan berkata dalam sejarah parti semasa Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden Umno, parti itu di haramkan.
"Kalau kita lihat dalam parti komponen pun, pertembungan ketua-ketua di peringkat atas itu boleh melemahkan parti," katanya.
Selain Shafie, beberapa pemimpin Umno yang lain turut menyuarakan pendapat sama agar kedua-dua jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.
Menyentuh mengenai jawatan Naib Presiden, Mohd Shafie mengalu-alukan mana-mana anggota parti yang berminat menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu.
"Cuma yang penting, utamakan keutuhan parti. Dalam kita bertanding jangan menyebabkan perpecahan, dan sebolehnya jika kita tawarkan diri, biarlah sebagai anggota yang boleh kuatkan parti," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan