Datuk Seri Noh Omar (gambar) menyelar ucapan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang beliau sifatkan sebagai tidak matang dan tidak mencerminkan dirinya sebagai orang yang layak memimpin negeri Selangor.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu mengatakan kenyataan Abdul Khalid mendakwa Barisan Nasional (BN) tidak melakukan pembangunan luar bandar sebagai tidak adil.
"Kenyataan dia (Khalid Ibrahim) tidak benar, kerana Selangor sebenarnya sudah mencapai status negeri maju sejak dari pentadbiran BN dan kita ketika itu melakukan pembangunan menyeluruh termasuk di kawasan luar bandar dan kampung," kata Ahli Parlimen Tanjung Karang itu dipetik dari agensi berita nasional Bernama.
Dalam Ucapan Aidilfitri diterbitkan Selangorkini edisi 2 hingga 9 Ogos 2013 yang menyatakan kerajaan negeri mensasarkan akan memperkasakan pembangunan kampung-kampung tradisi baru di seluruh Selangor dalam masa terdekat.
Antara lain dalam ucapan Abdul Khalid menyebut biarpun negara mencapai kemerdekaan selama 55 tahun merdeka dan beberapa kementerian diwujudkan bagi membangunkan kawasan luar bandar namun sembilan daerah negeri Selangor masih belum memuaskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan