KELAB GREENBOC
Parti
DAP mencabar Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul
Rahman Othman mengemukakan alasan berhubung dakwaannya yang menggangap
pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) lalu tidak sah apabila
watak rekaan dengan nama ‘Father Augustus Chen’ terbukti tidak wujud.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, masa
tujuh hari yang diberikan kepada ‘Father Augustus Chen’ untuk
menampilkan diri dan membuktikan yang ia benar-benar wujud telah tamat,
namun sehingga kini masih tiada tanda menunjukkan ada manusia di
Malaysia atau di bumi ini mempunyai nama sedemikian.
“‘Father Augustus Chen’ adalah makhluk khayalan juru propaganda dan
cybertrooper Umno/BN yang dicipta untuk menulis sekitar seratus
pembohongan dalam risalah setebal 12 muka surat sebagai kemuncak
serangan terhadap pemilihan CEC yang berlangsung Disember lalu.
“Rakyat berhak untuk tahu bagaimana Ketua Pengarah ROS dan pimpinan
Umno/BN termasuk menteri kabinet boleh terpedaya dengan pembohongan yang
direka oleh watak khayalan sehingga mereka merasa yakin untuk
menganggap pemilihan CEC tidak sah.
“Memandangkan watak ini terbukti adalah makhluk rekaan dan risalahnya
adalah pembohongan, apakah alasan untuk Ketua Pengarah RoS menganggap
pemilihan CEC DAP yang lalu tidak sah dan mengarahkan DAP supaya
mengadakan pemilihan semula CEC?,” soalnya yang juga Ahli Parlimen DAP
Gelang Patah dalam kenyataan, semalam.
Kit Siang turut mengecam sikap juru propaganda dan cybertrooper UMNO/BN
yang mula berubah nada memandangkan tidak dapat lagi berselindung
disebalik nama ‘Father Augustus Chen’.
“Kini mereka mengatakan tidak penting sama ada ‘Father Augustus Chen’
wujud atau tidak, sebaliknya yang penting ialah sama ada tuduhan-tuduhan
yang dilemparkannya dalam risalah itu benar.
“Perubahan nada mereka ini sungguh mengaibkan, kerana jelas bahawa jika
pengarang risalah itu sendiri direka-reka, maka tuduhannya sudah tentu
tidak sepatutnya diberi perhatian kerana ianya pasti merupakan rekaan
dan pembohongan,” tegasnya.
Dalam kenyataan yang sama, Kit Siang mengulangi kesediaan DAP untuk
mengadakan siasatan awam ke atas pemilihan CEC itu jika ROS dapat
memberi penjelasan sewajarnya berhubung tuduhan yang dilemparkan.
“DAP tetap bersedia untuk memberi respons terhadap setiap pembohongan
yang dikemukakan ‘Father Augustus Chen’ dalam siasatan awam jika Ketua
Pengarah ROS sanggup untuk turut memberikan penjelasan dalam siasatan
awam tentang bukti yang beliau gunakan untuk mengambil tindakan terhadap
DAP,” ujarnya. – Roketkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan