Pokok tumbang menyebabkan 10 kereta remuk di Bandar Sunway, semalam.
SUBANG JAYA – Tiada hujan tiada ribut namun sebatang pokok didakwa
tumbang menghempap 10 kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta
berhampiran Balai Polis Bandar Sunway, di sini malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Difahamkan, sebelum itu sebatang pokok besar dipercayai sudah reput tumbang dan mengenai sebatang pokok lain terletak bersebelahan.
Disebabkan insiden itu, hampir kesemua kereta yang diletakkan berhampirannya remuk ditimpa pokok bersaiz sebesar pemeluk.
Sumber berkata, ketika kejadian cuaca dalam keadaan baik tiada hujan atau angin kuat.
Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 7.58 malam sebelum sebuah jentera dan enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
Kereta yang menjadi ‘mangsa’ akibat pokok tumbang itu termasuk tiga kereta Proton Saga, dua Perodua Myvi, sebuah Perodua Kancil dan sebuah proton Waja.
Turut menjadi mangsa sebuah kereta jenis Proton Wira, sebuah Perodua Viva dan sebuah Kelisa.
“Anggota bomba kemudian memotong dahan pokok dan mengalihkannya. Tiada kecederaan dilaporkan berlaku di lokasi kejadian.
“Bagaimanapun, kebanyakan kereta tidak sempat dialihkan dan mengalami kerosakan teruk akibat kejadian itu,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan