Majlis
Fatwa Kebangsaan menegaskan Syiah adalah ajaran sesat sekali gus haram
diamalkan oleh orang Islam dari negara ini.Pengerusinya, Prof. Emeritus
Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, majlis fatwa tetap dengan
keputusan sebelum ini yang dikeluarkan sejak tahun 1996, di mana
ajaran Syiah adalah ajaran yang menyeleweng daripada Islam dan tidak
boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia.
“Syiah ini adalah ajaran sesat sepenuhnya kerana ianya memang menyeleweng daripada akidah.
“Bagaimanapun
untuk menyatakan ia bukan Islam kita belum tetapkan, kerana kumpulan
ini juga mengucap dua kalimah syahadah namun tidak mengikut ajaran
sunnah.
“Sesiapa
rakyat Malaysia yang beragama Islam yang sememangnya telah berpegang
kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah sejak beratus tahun lalu haram mengikut
ajaran ini, dan tindakan boleh dikenakan,” katanya kepada Sinar Harian
Online.
Sebelum
ini, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik sebagai berkata, penganut
ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab
itu.
Bagaimanapun menurut beliau yang menjadi kesalahan apabila pengikut Syiah cuba untuk menyebarkan ajaran tersebut.
Bagaimanapun menurut beliau yang menjadi kesalahan apabila pengikut Syiah cuba untuk menyebarkan ajaran tersebut.
“Siapa pun
mereka sama ada penganut Buddha, Hindu mereka berhak untuk mengamalkan
ajaran agama masing-masing namun yang menjadi salah apabila mereka
cuma mengembangkan ajaran tersebut kepada orang Islam,” katanya.
Mengulas
lanjut, Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan mempunyai
pendirian yang sama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
iaitu membenarkan pengikut Syiah asal daripada negara Islam yang lain
meneruskan mazhab tersebut di negara ini.
Namun,
beliau berkata ajaran mazhab tersebut tidak boleh disebarkan dan
dikembang secara terang atau sulit kepada penduduk Islam di Malaysia.
“Pengikut Syiah dari Iran yang datang ke Malaysia boleh teruskan mazhab mereka, tetapi tidak boleh disebarkan kepada penduduk Islam di sini.
“Pengikut Syiah dari Iran yang datang ke Malaysia boleh teruskan mazhab mereka, tetapi tidak boleh disebarkan kepada penduduk Islam di sini.
“Itu yang
kita bimbangkan, lama kelamaan jika mazhab ini terus disebar dan
menular akan berlaku perpecahan ummah yang selama ini kita bersatu dan
hidup dengan harmoni,” tambahnya.
Dalam pada
itu, menjawab pertanyaan kenyataan Jamil Khir yang bercanggah dengan
kenyataan Jakim sebelum ini, Abdul Shukor berkata beliau telah
diberitahu kenyataan menteri itu merujuk kepada pengamal asal ajaran
tersebut sahaja.
“Saya ada
berjumpa dengan Jamil Khir dalam satu program, dia telah membetulkan
balik kekeliruan yang timbul mengenai kenyataan yang membenarkan ajaran
Syiah terus diamalkan di negara ini,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan