Ahad, 18 Ogos 2013

Pemilihan mungkin berdasar senarai 'lama' perwakilan

 


 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata proses pemilihan semula parti itu, atas arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kemungkinan besar akan berdasarkan kepada "senarai lama perwakilan".

lim guan eng interview 160813 03Keputusan akan dibuat pada hari Khamis apabila jawatankuasa kerja
pusat (CEC) parti itu bertemu di Kuala Lumpur bagi menyelesaikan butir-butir mengenai perjalanan pemilihan semula itu, katanya.

Bagaimanapun, Lim enggan mengesahkan sama ada calon-calon yang sama, yang dicalonkan oleh para perwakilan pada tahun lepas, akan bertanding dalam pemilihan baru itu.

"Biarlah kami bertemu Khamis ini dan membuat keputusan mengenai perkara itu," kata ketua menteri Pulau Pinang itu dalam satu temubual bersama dengan beberapa akhbar bahasa Inggeris termasuk Malaysiakini, di pejabatnya di Komtar semalam.

Lim berkata demikian ketika ditanya sama ada para perwakilan akan termasuk mereka yang telah dipecat kerana bertanding menentang calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 dan tujuh orang yang didakwa "memberi reputasi buruk kepada parti" dengan membuat aduan kepada ROS berhubung kesahihan pemilihan CEC.

Sejak tahun lepas, parti itu telah menyaksikan peningkatan dalam jumlah keahliannya.

dap congress counting of ballot election 1Terdapat spekulasi bahawa pemilihan baru itu bakal menyaksikan
kempen yang sengit di kalangan calon-calon baru untuk memenangi tempat dalam CEC yang merupakan badan tertinggi pembuat keputusan parti itu.

Beberapa calon seperti MP Raub, Mohd Ariff Sabri, yang lebih dikenali sebagai Sakmongkol AK47, mungkin bertanding, dan Amran Ahmad, anak kepada bekas orang kuat DAP Ahmad Nor, juga telah menyuarakan hasratnya untuk berbuat demikian.

Tetapi banyak lagi yang masih belum jelas, termasuk sama ada DAP akan mengadakan pemilihan semula itu di Kuala Lumpur atau di Pulau Pinang seperti pada bulan Disember tahun lepas, semasa kongres ke-16 parti itu.

Semasa kongres tersebut, 1,826 perwakilan memilih 20 ahli CEC daripada 66 calon yang bertanding.
Karpal: Pemilihan mungkin November

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ayer Itam, Pulau Pinang hari ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata DAP mungkin mengadakan pemilihan semula CEC pada bulan November.

Karpal berkata parti itu perlu mengadakan pemilihan tersebut dalam tempoh 10 minggu dari tarikh keputusan ROS dimaklumkan kepada mereka.

"Parti itu mempunyai tempoh masa untuk mengadakan pemilihan, yang selaras dengan arahan parti kerana notis perlu dihantar untuk memberitahu perwakilan sebelum pemilihan itu diadakan," kata Karpal.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau menghormati keputusan parti untuk mengadakan pemilihan semula dan bersedia bertanding jawatan dalam CEC.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menawarkan diri saya sekali lagi sebagai calon untuk CEC," katanya sambil menambah beliau akan menerima dan mematuhi sesiapa saja yang dipilih oleh perwakilan.

Harapannya, tegas Zairil, ialah supaya perwakilan memilih calon yang terbaik berdasarkan kemahiran, keupayaan dan rekod prestasi mereka.

Tiada ulasan: