Datuk Dr S Subramaniam
KUALA LUMPUR - Malaysia berdepan kekurangan doktor pakar meskipun
negara menghasilkan lebih ramai doktor setiap tahun dari institusi
tempatan dan luar negara.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata masalah itu perlu ditangani segera bagi mengelak kekurangan doktor pakar yang kian meruncing pada masa depan.
Beliau berkata negara memerlukan lebih ramai doktor pakar yang mahir dalam pelbagai bidang selain mengawal peningkatan golongan itu yang tidak memenuhi kriteria.
"Kita masih kekurangan dari segi doktor pakar kerana kita hanya berjaya melatih kira-kira 500 hingga 600 doktor sebagai pakar setiap tahun.
"Jadi, kita akan melihat bagaimana untuk menambah bilangan doktor pakar dan pada masa yang sama, memperbaiki kualiti tahap penjagaan dan peningkatan penduduk," katanya kepada pemberita pada majlis Sepetang Bersama Menteri Kesihatan anjuran Persatuan Perubatan Malaysia di sini semalam.
Mengulas isu terdapat terlalu ramai doktor di Malaysia, Dr Subramaniam berkata kementeriannya akan terus mewujudkan lebih banyak jawatan kerajaan untuk doktor dan profesional penjagaan kesihatan lain secara tetap.
Beliau berkata ketika ini terdapat 36,607 doktor termasuk pakar dengan nisbah 1:791 dan berdasarlam anggaran penduduk Malaysia seramai 34 juta menjelang 2020, sejumlah 85,000 doktor diperlukan bagi mencapai nisbah standard 1:400.
"Sebelum ini, jawatan dalam kerajaan tidak dipenuhi berikutan kekurangan graduan perubatan tetapi pada masa ini, hampir 85 peratus jawatan doktor dalam kementerian sudah dipenuhi dengan kira-kira 3,700 pengambilan setiap tahun.
"Jika situasi ini berterusan, nisbah mungkin lebih daripada apa yang kita perlukan pada 2020," katanya.
Sementara itu, ketika berucap, Dr Subramaniam berkata kementeriannya kini bekerjasama rapat dengan Majlis Perubatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan berhubung kebenaran menubuhkan pusat pengajian perubatan yang baru di Malaysia.
Beliau juga berkata pengiktirafan ijazah perubatan dari luar negara perlu dikaji semula dan diperkukuh manakala pengeluaran 'Sijil Tiada Bantahan' oleh KPM adalah wajib sebelum mereka boleh mendaftar di sekolah perubatan.
Kolej perubatan swasta perlu memastikan kurikulum dan penanda prestasinya adalah setanding institusi perubatan lain.
Katanya, kementerian juga tidak berhasrat menaikkan kadar bayaran rundingan doktor sebanyak 30 peratus seperti yang diuar-uarkan. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan