Khamis, 15 Ogos 2013

Elak kesilapan Johor, Selangor pastikan surau tidak disalah guna


Sallehen Mukhyi

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor akan memastikan kejadian surau yang digunakan penganut agama lain di sebuah resort di Sedili Besar, Johor tidak berulang di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Islam Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi, berkata perkara itu dapat dielak jika masyarakat Islam memakmurkan surau dan masjid dengan pelbagai aktiviti keagamaan sepanjang masa.

“Kejadian di Johor itu berlaku itu berkemungkinan disebabkan surau berkenaan tidak dimanfaat sepenuhnya.

“Disarankan, surau di Selangor dimakmurkan programnya supaya ia dapat dijaga dengan baik yang tidak akan diganggu mana-mana pihak lain,” katanya ketika dihubungi TVSelangor, hari ini.

Sebelum ini, penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar, Johor – sebuah negeri tadbiran Umno BN, gempar selepas premis yang didirikan di sebuah sebuah resort sebagai surau, dicemari upacara agama lain.

Sallehen berkata, surau yang dimiliki secara persendirian pula perlu dipantau penggunaannya supaya tidak disalah guna pihak lain yang boleh mencemar kesuciannya.

Beliau menyarankan surau di premis perniagaan dan kompleks membeli belah perlu menyediakan kemudahan baik dan selesa bagi menampung jemaah pada satu-satu masa.

“Surau perlu diurus dengan baik supaya dapat digunakan jemaah,” katanya.- FZL

Tiada ulasan: