Jumaat, 16 Ogos 2013

DAP: Tindakan mahkamah terhadap ROS hanya sia-sia saja

MALAYSIA KINI


Mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mahu DAP mengadakan pemilihan semula jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti itu, hanyalah sia-sia sahaja, kata parti itu hari ini.

NONEWalaupun DAP bertegas ROS bertindak tidak profesional dalam mengarahkan parti itu memilih semula CEC tanpa memberi sebarang sebab yang jelas, namun Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata bahawa mengambil tindakan undang-undang bukanlah satu pilihan.

Malah, kata Lim dalam satu kenyataan hari ini, bila DAP menang di mahkamah terhadap arahan itu tersebut, parti itu akan terpaksa ke mahkamah sekali lagi untuk berdepan dengan kemungkinan pembatalan pendaftarannya.

"Walaupun ada kemungkinan menang di mahkamah terhadap pembatalan pendaftaran itu, namun proses undang-undang yang mengambil masa yang berbulan-bulan, malah bertahun-tahun lamanya, akan meletakkan mana-mana parti politik yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh ROS, dalam keadaan tidak menentu, yang bukan sahaja tidak praktikal tetapi akan mengancam survival dan perkembangan parti," kata Lim.

DAP telah berkali-kali menuntut ROS menyatakan sebab-sebab bagi keputusannya untuk mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC parti itu.

ROS menjalankan siasatan terhadap DAP sejak awal tahun ini, selepas timbulnya dakwaan penyelewengan dalam pemilihan parti Disember lepas timbul.

Tiada ulasan: