BULETIN ONLINE
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Dr. Alias Razak menyifatkan, tindakan telalu lambat Umno-BN itu mencerminkan, sikap kerajaan yang sebenarnya tidak mementingkan soal kesihatan dan nyawa rakyat.
“setelah sekian lama perkara ini dibangkitkan samada dalam (Sidang) Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh wakil (rakyat) PAS atau di luar dewan, 10 tahun baru kerosakan dapat diperbaiki!
“Apakah ini maksud rakyat didahulukan? soal kesihatan dan nyawa rakyat pun tidak diberi keutamaan oleh kerajaan Umno/BN,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri Ir Rosli Othman yang berkata dewan bedah tersebut yang sebelum ini menghadapi pelbagai masalah, kini sudah hampir pulih dan akan dapat digunakan akhir bulan ini.
Dr Alias yang juga ADUN Bukit Tunggal berkata, selain soal Dewan Bedah tersebut, terlalu banyak isu-isu yang membabitkan perkhidmatan kesihatan yang belum selesai
“Ini baru siap dewan (bedah) yang rosak, bila pulak nak dipohon perjawatan pakar bius, (pakar) bedah dan (pakar) perbidanan sakit puan? Ini belum dikira pengisian kekosongan jawatan pegawai perubatan dan paramedik yang berkaitan…….,
“Masalah yang (lebh) kritikal sekarang yang sangat diperlukan rakyat dan yang menjadi beban kpd Hospital Tuanku NurZahirah (HSNZ) ialah kes-kes kecemasan pembedahan dan komplikasi bersalin bukanya kes buang selaput mata dan katarak!,”selarnya.
Menurutnya, ia adalah suatu perbelanjaan wang rakyat yang tidak ‘berbaloi’ apabila pihak hospital terbabit yang kini hanya mampu menjalankan pembedahan kecil dan kes-kes bukan kecemasan sahaja.
Bahkan, beliau yang juga bekas pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, ia tidak akan menyelesaikan beban kerja di HSNZ.
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa supaya kerajaan negeri berusaha lebih serius untuk menaik taraf dua buah hospital, di Besut dan Setiu.
“saya harap kerajaan negeri dapat berusaha dengn lebih serius supaya KKM dapat menaikan taraf hospital Setiu dan Besut menjadi hospital berpakar,”ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan