Ahad, 7 Julai 2013

Kembalikan Morsi sebagai Presiden - Ikhwan


Nik Nasri Nik Malek,


Saya mengikuti siaran langsung Al-Jazeera berbahasa Arab malam tadi sehingga hampir jam 2 pagi yang membuat lintas langsung dari Rabiatul Adawiah, timur Kaherah di mana penyokong Morsi berkumpul.

Antara yang berucap ialah Isam Iryan, Naib Ketua FJP membuat kenyataaan mereka tidak akan meninggalkan dataran Rabiatul Adawiyah hingga Morsi dibebaskan.

Penyokong Morsi makin teruja kemudiannya apabila Sheikh Muhammad Badi’, Mursyid al-Am Ikhwan Muslimin Mesir muncul di pentas (Gambar: Sheikh Muhammad Badi’ di pentas.

Tulisan tertera di TV Al-Jazeera: ‘Semua urusan  rampasan kuasa, perlantikan Presiden sementara dan lain-lain dianggap batal).

Di antara kenyataan dan ucapannya yang penting ialah:

1. Kami hanya menerima Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah, tidak berganjak dari prinsip ini.

2. Kami menolak rampasan tentera. Semua urusan dan perkara yang berlaku selepasnya dianggap batal dan tidak diikitiraf.

3. Kami menyeru tentera supaya berkhidmat untuk negara dan rakyat, sokong kami dan kami sokong kamu. Ucapan ini dibuat terutamanya ketika helikopter tentera sedang beredar di atas kepala kumpulan penyokong Morsi. Ketika itu kehadiran di Rabiatul Adawiyah disebut oleh seorang jurucakap di atas pentas menjangkau 4 juta orang.

4. Kembalikan Morsi sebagai Presiden dan Ikhwan sedia berbincang dengan sesiapa sahaja selepas itu.

5. Saya tidak akan lari dan kami tidak akan lari. Kami pendukung revolusi, bukan orang yang lari.

Tiada ulasan: