Ahad, 7 Julai 2013

Kegagalan dan tradisi Umno menolak pemimpin gagal



Oleh Shahbudin Husin
Pilihanraya ke 13 baru saja berakhir. Walaupun menang dengan 133 kerusi dan masih mengekalkan kuasa tetapi semua orang lebih banyak bercakap mengenai kegagalan BN dan Najib. Tun Mahathir sendiri dalam ulasan awalnya mengenai keputusan pilihanraya, tidak menyangka Najib lebih teruk daripada Pak Lah manakala Tun Daim pula menyalahkan penasihat-penasihat Najib atas keputusan buruk ini.

Dan bayangkan keputusan PRU 13 jika tanpa bantuan Mahathir dan Daim. Pastinya keputusan lebih buruk dan mungkin sudah menjadi pembangkang hari ini.

Setelah menghasilkan buku Najib Perdana Menteri Terakhir, Kesilapan-Kesilapan Najib dan Asalkan Bukan Najib sebelum pilihanraya lalu, penulis kini tampil dengan buah tangan terbaru yang bertajuk Najib Gagal.

Buku ini memperhalusi pelbagai aspek kegagalan yang diraih Najib hasil keputusan pilihanraya umum yang lalu yang tidak pernah  dianalisa oleh mana-mana pihak sebelum ini. Buku ini juga ingin mengingatkan Najib bahawa beliau sebenarnya mengulangi sejarah buruk BN hilang undi popular pada pilihanraya 1969 dan menambah-burukkan  jumlah kerusi BN kepada 133 berbanding 140 yang dicapai oleh Pak Lah pada 2008.

Berdasarkan pencapaian buruk Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pada 1969 dan Pak Lah  pada 2008, kedua-dua pemimpin itu ditolak kemudiannya kerana UMNO berpendapat pemimpin yang gagal meraih 2/3 majoriti dan tidak mampu mengekalkan undi popular adalah dianggap pemimpin yang gagal.

Namun Najib sebenarnya jauh lebih buruk daripada kedua-dua pemimpin itu. Tetapi sebaliknya kegagalan Najib itu mahu diraikan pula dengan menghadiahkannya jawatan Presiden UMNO kepadanya tanpa pertandingan. Apakah ini sesuatu yang logik dan tidak membahayakan masa depan UMNO sendiri?

Buku ini, selain mengajak ahli dan pemimpin UMNO merenungi kegagalan Najib, juga mahu mereka memikirkan dengan mendalam apakah pemimpin yang gagal ini boleh membawa keputusan yang lebih baik dalam PRU 14 nanti atau seharusnya Najib ditukar dalam pemilihan parti hujung tahun ini.

Jika Najib perlu diganti, siapakah yang layak? Muhyiddin, Tengku Razaleigh, Zahid Hamidi atau Khairy Jamaluddin?

Dalam masa yang sama, buku yang sudah berada di pasaran ini juga mengupas pelbagai isu mengenai cabaran-cabaran UMNO menjelang pilihanraya akan datang, masa depan UMNO jika Najib terus kekal dan siapakah pemimpin yang dirasakan layak menerajui negara di masa depan.

Tiada ulasan: