KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: Rakyat Sarawak dan Sabah yang menetap di Lembah Kelang diseru hadir beramai-ramai bagi membantah penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Sabtu ini, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari.Katanya, ia sebagai bantahan atas penyelewengan di dua Parlimen Sarawak yang ditandingi KEADILAN iaitu di Saratok dan Baram.
KEADILAN sebelum ini memfailkan petisyen pilihan raya bagi kedua-dua Parlimen tersebut.
Menurutnya lagi, sebahagian pimpinan Sarawak telahpun berada di Kuala Lumpur untuk menyertai bantahan tersebut.
Sementara itu, aktivis Bersih, Atama Katama yang berasal dari Sabah berkata, dinamik politik kini berbeza kerana rakyat sudah sedar penipuan dilakukan BN dan SPR.
“Sebab itu, saya minta anak-anak Sabah yang berada di Kuala Lumpur untuk sama-sama hadir ke himpunan Black 505 di Padang Merbok,” katanya kepada Keadilan Daily.
Menurutnya, bagi mereka yang tinggal di Sabah, beliau dimaklumkan satu himpunan Solidariti Black 505 akan dibuat di Kota Kinabalu pada hari dan waktu yang sama dengan himpunan di Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan