MALAYSIA KINI
Empat
qari dan lima qariah memperdengarkan bacaan Al Quran masing-masing pada
malam kedua Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-56
yang berlangsung di Dewan Besar Balai Islam Kompleks Islam Darul Naim,
Lundang di Kota Baharu, semalam.
Empat qari tersebut ialah peserta tuan rumah Zulkipli Harun, Zul Hasyimi Mohamed Yunus (Pahang), Amirahman Abas (Negeri Sembilan), dan Mohamad Hafas Ali (Terengganu).
Lima qariah pula ialah johan menunggu Che Aminah Che Awang, Radziah Ibrahim (Kelantan), Sarina Yahaya (Perlis), Salina Ali (Sarawak) dan Munirah Razali (Perak).
Menarik perhatian penonton yang memenuhi dewan tersebut ialah bacaan daripada Radziah yang bertugas di pejabat Kemas, Bachok, yang pertama kali muncul mewakili peserta wanita (qariah) negerinya selepas 23 tahun kerajaan Kelantan pimpinan PAS melarang wanita menyertai majlis tilawah Al Quran peringkat negeri dan kebangsaan.
Ketika ditemui pemberita, Radziah, 50, berkata beliau amat gembira kerana dapat menyertai tilawah tersebut dan dapat mewakili negeri kelahirannya.
"Saya sangat gembira dan bersyukur setelah 23 tahun kerajaan negeri Kelantan menghalang penyertaaan dari qariah (wanita) dan kali ini saya berpeluang memperdengarkan bacaan saya sebagai wakil qariah dari Kelantan," katanya yang pernah mewakili Pahang pada Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan pada 2003.
Semalam, selepas majlis tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dua orang peserta iaitu qari dari Kedah Mohd Fakhrulradhi Kamaruddin, dan qariah dari Selangor Nor Faizah Panut, memperdengarkan bacaan masing-masing.
Malam esok sembilan lagi peserta akan memperdengarkan bacaan.
Majlis tilawah tersebut yang berlangsung sehingga Jumaat ini disertai oleh 29 peserta dari seluruh negara.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan