“Kalau YB Nurul Izzah tidak dibenarkan masuk
Sabah, saya lebih teruk lagi…Sabah, Sarawak dan Felda! Oh Tanahairku,”
kata Mazlan Aliman.
PETALING JAYA: Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, nasibnya lebih buruk dari Nurul Izzah Anwar yang didakwa dihalang memasuki Sabah baru-baru ini.
“Kalau YB Nurul Izzah tidak dibenarkan masuk Sabah; saya lebih teruk lagi…Sabah, Sarawak dan Felda! Oh Tanahairku,” katanya dalam satu kenyataan
Mazlan juga mendakwa, Sabah dan Sarawak masih melarang beliau memasuki kedua-dua negeri Borneo itu.
Menurutya, beliau ditahan di Lapangan Terbang Miri, Sarawak pada 6 Julai 2011, sekitar jam 10.15 pagi oleh pegawai Imigresen.
Pada 11 Mac tahun lalu, dakwanya beliau ditahan dan tidak dibenarkan masuk ke Sabah, setibanya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 8.45 malam.
“Pihak Imigresen menyerahkan surat larangan di bawah seksyen 65(1), Akta Imigresen 1959,” tambahnya.
Mazlan juga mendakwa, Ibu Pejabat Felda Kuala Lumpur tidak membenarkannya memasuki Felda untuk memberi ceramah.
Sesetengah Felda, program Hi-tea pun tidak boleh, katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan