Jumaat, 21 Jun 2013

Penghargaan kepada wanita dan anak muda, kata speaker wanita pertama

Oleh Rita Jong


Hannah YeohAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya Hannah Yeoh telah memecahkan rekod wanita Malaysia, menjadi wanita pertama dan paling muda dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Yeoh mengatakan: “Ini adalah satu penghargaan bukan sahaja kepada wanita akan tetapi kepada kepimpinan anak muda.”

Beliau merasakan diberi penghargaan untuk melakukan tugas itu

“Saya berterima kasih kepada semua yang mengundi saya dan saya memberi jaminan kepada semua Adun peluang untuk berdebat mengenai isu-isu kepentingan rakyat.”?

Yeoh, 31 mengangkat sumpah sebagai Speaker pagi ini sementara Nik Nazmi Nik Ahmad, 31 yang merupakan Adun Seri Setia dilantik sebagai timbalan Speaker.

Beliau mengatakan rakyat yang telah meletakkan mereka di kedudukan itu. Jadi, mereka mesti menggunakan peluang ini untuk berkhidmat kepada rakyat.?

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Speaker terdahulu, (Datuk) Teng Chang Khim untuk tunjuk ajarnya sepanjang minggu lepas,” kata Yeoh.

“Teng juga memberikan nasihat yang saya selalu akan ingat. Beliau memberitahu saya ‘jangan takut untuk melakukan perkara benar dan mengatakan tidak bila perlu’.”

Menurutnya, tugasan utama sidang DUN Selangor pertama nanti adalah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

Tiada ulasan: