KL TODAY
Seruan
untuk kedua-dua jawatan tertinggi Umno untuk tidak dipertandingkan
betul-betul membuatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam dilema.Menurut
sumber Umno yang menghubungi Harakahdaily, Timbalan Presiden Umno itu
tidak berani menyambut seruan tersebut kerana terasa ada perangkap
menantinya.“Jika Muhyiddin sambut, bermaksud beliau tak akan mencabar
bosnya (Datuk Seri) Najib (Razak). Tapi siapa yang boleh beri jaminan
beliau tidak akan dicabar oleh (Datuk Seri) Ali Rustam dan (Tan Sri)
Isa Samad.
“Jika
Muhyiddin sambut sahaja, maka Najib sudah terselamat. Dan ini membuka
peluang kepada semua musuhnya untuk menggulingkannya. Akhirnya seruan
hanya akan tinggal seruan, hanya jawatan Presiden Umno tidak
dipertandingkan,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.
Semalam,
Muhyiddin menegaskan bahawa hak menentukan pertandingan dua jawatan
tertinggi Umno untuk berlangsung atau tidak, tidak terletak pada tangan
individu pemimpin tapi ahli-ahlinya.
“Saya akan
komen apabila tiba masa yang sesuai,” kata Muhyiddin ketika ditanya
samada beliau menyokong kedua jawatan tertinggi Umno tidak
dipertandingkan.
Sebelum
itu, Muhyiddin turut mengikut langkah untuk mematikan 1Malaysia Najib
dengan mengisytiharkan bahawa (BN) akan memberi “bantuan lebih kuat”
kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum.
“Mesej jelas sebahagian besar Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, Siam dan sebahagian besar masyarakat di Sabah dan Sarawak masih mendukung BN,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri.
“Mesej jelas sebahagian besar Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, Siam dan sebahagian besar masyarakat di Sabah dan Sarawak masih mendukung BN,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri.
“Orang
Umno paling sayangkan jawatan. Muhyiddin tidak terkecuali. Tapi beliau
sedar beliau dalam bahaya. Sokongan yang diharapkan daripada Tun Dr
Mahathir Mohamad ketika di pemilihan Umno 2009 di mana beliau mengetuai
kempen turunkan Tun Abdullah (Badawi) tidak kuat kali ini.
“Najib
akan diam diri – wartawan akan serang bertubi-tubi pada Muhyiddin.
Najib hanya memerlukan jawapan daripada seorang saja iaitu Muhyiddin
untuk menyelamatkannya daripada dicabar. Tapi berlainan dengan
Muhyiddin, beliau memerlukan banyak jawapan untuk yakin bahawa
kedua-dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan itu akan
direalisasikan,” kata sumber Umno lewat malam tadi.
Beliau
turut mengulangi pendapatnya bahawa Muhyiddin memilih jalan maut
sekiranya mengambil keputusan untuk mempertahankan kerusi timbalan
presiden.
“Jika itu
keputusan Muhyiddin, maka itulah titik noktah bagi karier politik
beliau yang hanya sampai peringkat Timbalan Perdana Menteri sebelum
digantikan dengan orang yang lebih muda dan tidak mengugat Najib.
“Di dalam
Umno, ramai yang menganggap beliau sebagai layak menjawat presiden Umno
sekurang-kurangnya kerana senioriti dan sumbangannya kepada parti.
Lagipun isteri Muhyiddin low profile seperti isteri Tun (Dr Mahathir)
yang wakil-wakil Umno lebih suka berbanding (Datin Seri) Rosmah
(Mansor),” kata beliau sebelum mengakhiri perbualan telefon.Sumber: HarakahDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan