MALAYSIA KINI
Datuk
Seri Najib Tun Razak akan mengutus surat kepada Presiden Indonesia
Susilo Bambang Yudhoyono untuk memohon kerjasama republik itu supaya
menguatkuasakan tindakan lebih berkesan terhadap pihak yang menyebabkan
masalah jerebu.
Perdana menteri berkata beliau juga telah meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel supaya menemui rakan sejawatannya dari Indonesia berhubung perkara itu pada Rabu ini.
"Soalnya bukan siapa milik kepada ladang berkenaan tetapi kesalahan yang berlaku tidak kira sama ada milik Indonesia, Malaysia atau Singapura, asalkan mereka melakukan kesalahan, tindakan perlu diambil terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan untuk menangani masalah jerebu yang melanda negara.
Najib berkata negara turut menawarkan kapal terbang water bomber milik Malaysia yang boleh membantu memadamkan kebakaran di kawasan yang terjejas.
"Kapal terbang ini sedut air yang boleh disimbah ke kawasan yang sedang terbakar dan boleh memadamkan api walaupun dari kawasan yang dikatakan peat soil (tanah gambut).
"Ini bukan begitu mudah sebab api itu di bawah permukaan dan ia memerlukan tindakan yang lebih berat untuk memadamkan api tersebut," katanya.
Najib turut memberitahu solat hajat khas akan diadakan di Masjid Negara hari ini bagi mendoakan supaya hujan sebagai antara langkah menyelesaikan masalah jerebu.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan