MALAYSIA KINI
Ahli
Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, persempadanan semula kawasan dan
ketidakadilan membantu BN menang pada pilihan raya umum dan bukan
"takdir" seperti dakwaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk
Abdul Rahman Dahlan.Teo (kanan) berkata, amat "memalukan" apabila Abdul Rahman yang juga ahli parlimen Kota Belud mendakwa bahawa takdir yang membantu BN menang pada 5 Mei lalu.
Dalam kenyataannya hari ini, Teo yang juga penolong setiausaha publisiti DAP itu sebaliknya mendakwa "penipuan dan kecacatan (pilihan raya)" yang membantu BN memenangi pilihan raya umum.
Dalam tulisan di Utusan Malaysia semalam, Abdul Rahman dilapor menulis, mungkin Anwar lupa secara statistiknya Pakatan Rakyat memenangi undi popular tetapi BN menerima sokongan takdir yang membantu gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.
"Pendek kata, takdir dan kuasa Tuhan menentukan segala-galanya," tulis Abdul Rahman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan