Petugas penyelamat telah menghentikan operasi mencari dan
menyelamat ke atas seorang individu yang tertimbus bersama-sama
keretanya selepas dihempap runtuhan penebat kilat di bangunan Umno
negeri Pulau Pinang, Jalan Macalister pada Khamis lalu.
Ahli
keluarga mangsa diberikan penerangan punca operasi tersebut dihentikan
ekoran kesukaran dan tekanan yang dihadapi oleh pasukan pencari.
Mereka juga diberitahu struktur bangunan berdekatan juga mungkin berisiko sekiranya kerja menggali diteruskan, lapor The Star.
Pada
jam 7.30 pagi hari ini, bahagian belakang kereta dan tayar ditemui
daripada tapak kejadian, selepas 40 jam sejak operasi mencari dimulakan.
Kereta tersebut dikenalpasti sebagai milik Lim Chin Aik, 44, yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu.
Pada
Ahad lalu, pasukan pencari menemui tiga tayar, termasuk tayar simpanan,
semasa menggali bagi mencari mangsa yang dikhuatiri tertimbus di situ.
Pengarah Bomba Pulau Pinang Azmi Tamat semalam berkata penyelamat masih belum mengenalpasti kedudukan sebenar kereta Lim.
Azmi
berkata, operasi mencari dan menyelamat pada petang Ahad untuk mencari
kereta telah terjejas kerana hujan lebat turun sejak 10.30 malam,
menyebabkan kawasan dimana kereta itu dipercayai tertimbus diselaputi
dengan lumpur.
"Kita tidak tahu lokasi sebenar
kereta semasa kejadian yang tidak diingini itu berlaku. Jika tiang
runtuh di bahagian kanan kereta, ia mungkin hancurkan kereta sehingga
menjadi cebisan dan kita tidak tahu keadaan kereta atau pemandu
tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Sabtu
lalu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan
nombor casis kereta itu ditemui di bawah runtuhan di tempat kejadian
adalah sama dengan kereta penjaja makanan, Lim.
Beliau
berkata penemuan itu boleh membongkar kes seorang lelaki berusia 44
tahun yang dilaporkan hilang sejak kejadian itu, yang berlaku pada hari
Khamis.
Mangsa yang memandu kelabu Honda City dalam
perjalanan untuk mengambil anak bongsunya dari Penang Chinese Girls High
School di Jalan Gottlieb kira-kira jam 6.30 petang pada Khamis. - 17
Jun, 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan